Lantas berlaku sejarah bekerjasama dengan Rev. Mother Francis Nain dan Forgs, Rev. Mother St. Cammille. Dengan penuh peasaan kasih sayang dan murah hati, berdirinya Sek. Men. Convent yang pertama di Seremban hingga kehari ini. Pada tahun 1912, Rev. Mother St. Marcellin menjumpai 'Chapel' dan 'The Hail'. Bangunan itu penuh dengn masalah pada tahun 1914 tetapi provinciden telah datang menolong iaitu Tauke Joseph Siow.
Seterusnya, Rev. Mother St. Emily telah membina 'The Orphanage' dan 'The Baby House' dalam keadaan yang rumit. Walau bagaimanapun jumlah pelajar terus meningkat pada tahun 1954 dan akhirnya ramai pelajar Sek. Men. Convent berjaya mencapai 'Senior Cambridge Examinations' iaitu peperiksaan yang berstatus tinggi ketika itu.
Sekolah Menengah Convent yang terletak di Bandar Seremban ditubuhkan asas kerjasama Reverend Father Catesson dan Reverend Mother Antole pada 3 Oktober 1904. Sekolah itu dirasmikan oleh Residen British, Mr.Weld. Pengetua yang pertama ialah Mother Camille dan beliau dibantu oleh 5 orang sisters.
Pada 4 Oktober 1904, 36 orang pelajar menghadiri sekolah ini, selepas perang dunia pertama pada tahun 1920, bilangan pelajar meningkat ke 150 orang. Pada tahun 1940, bilangan pelajar melonjak seramai 600 orang. Sekolah ini terus mencatatkan peningkatan bilangan pelajar yag mencecah 900 orang dalam tahun 1948 dan terus meningkat naik ke 1600 orang pada tahun 1954.
Tujuan Sekolah Menengah Convent ditubuhkan adalah untuk menyediakan pelajar-pelajar supaya mempunyai kehidupan yang cerahdi hari dewasanya nanti. Ini sesuai dengan motonya "Simple in Vertue, Steadfast in Duty" yang kemudiannya ditukar kepada "Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti".
Apabila perang dunia meletus pada tahun Disember 1941, sekolah ini telah menjadi tempat perlindungan bagi mubaligh-mualigh dan anak-anak yatim dari Taiping dan Singapura, sekolah ini telah membuka kelas pengajaran Bahasa Jepun. Selepas penyerahan Jepun, Mother James telah menyumbangkan pembinaan makmal sains yang lengkap.